Friday, February 11, 2011

Sedar atau tak...

         Setelah lama ain diberikan nafas di dunia ini, ain sedar bahawa Allah sentiasa akan mendengar doa-doa hamba-hambaNya... Cepat atau lambat termakbulnya doa kita itu bergantung kepada Allah Yang Maha Esa. Ain sedar bahawa kalau Allah tak uji kita(manusia) dengan pelbagai dugaan pasti kita akan lalai di buai kemewahan dan keindahan duniawi semata-mata. Allah itu Maha Penyayang, kalau Dia uji kita dgn dugaan-dugaan itu sebab Allah takut kita jauh daripada Dia, kita kena ingat Allah sayang kita..Kasih sayang Allah ialah Kasih sayang yang Abadi...betul tak?

         Perasan atau tak, selalunya, manusia ni, mereka akan cari Allah sebagai tempat mengadu bila mereka berada dalam kesusahan...haa..itulah sebab Allah bagi kita kesusahan untuk kita ingat padaNya. Kalau boleh sentiasalah dan mestilah kita mendekatkan diri dan menjadikan Allah itu sebagai tempat bergantung dan tempat mengadu kita..kerana Allah adalah Pencipta kita. Dia pasti tahu apa yang terbaik untuk kita..

          Lagi satu benda, janganlah kita rasa tak boleh face the obstacles yang Allah bagi kat kita..Allah percaya pada kita sebenarnya.. Kalau Allah uji kita dengan sesuatu dugaan itu, maknanya Allah tahu kita boleh handle dan mampu hadapi ujian dan dugaan itu..sebab Allah itu Maha Mengetahui...

         Tiba-tiba ain rasa nak tulis ni..ain mintak maaf ye kalau kata-kata ain ni menyinggung mana-mana pihak..Ain bukannya nak tunjuk pandai, ain pun masih belajar lagi dan sebenarnya ain sekadar nak kongsi apa yang ain rasa sahaja..Harap-harapnya, kita semua sentiasa di bawah Rahmat-Nya..Amin.. (^___^)