"SAKIT ITU NIKMAT"
Seminggu yang lalu, badanku lemah longlai demam panas dan tekak serta telinga dan kelenjar ku bengkak... Ya Allah, Sakitnya...HAnya Allah je yang tahu.. Sudah jumpa and consult doktor tp doktor hanya memberikan ku strepsils utk melegakan tekak ku sahaja.. Sakit itu memang sakit.. Cuba bayangkan, nak makan pon sakit..sampai x boleh bercakap..punyalah sakit tekak tu...Nak sedapkan cerita lagi, TAmbahan pula musim final exam...Pergh... memang package la...
Sebenarnya..hari tu mmg tak tahan sakit sgt, so refer kat doktor lain pulak, Doktor tu kata condition saya mmg teruk. Doktor tu memberikan ku injection antibiotik di punggung.. Doktor itu sgt baik orgnya... Beliau mengatakan kpd saya bhw "Sakit ini ujian drpd Allah, maka bersabar ye..". Doktor in sgt membuka minda n hati saya dlm melihat sakit itu dlm perspektif yg positif... Seperti yg saya katakan tadi , musim final exam, nasiblah saya mempunyai famili n kawan2 yg concern ttg saya..Alhamdulillah, moral n semangat utk down tu sgtlah tipis. Ye saya study memangla study, tp apa yg dibaca x boleh nak masuk dlm otak... TEKANAN.. =( huhuhu..
tapi Allah itu Maha Penyayang, Dia membantu dan mempermudahkan perjalanan final exam ku waktu aku sakit itu.. Alhamdulillah.. =)
SAKIT itu NIKMAT dan Ianya INDAH!!!
Dengan SAKIT baru kita akan hargai SIHAT... Betul....
Jangan sesekali kita cela sakit yang menimpa kita. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu adalah untuk peringatan kita. Mungkin kita lalai sebelum ini dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah.
Peringatan itu semestinya datang daripada Yang Maha Kuasa: ALLAH. Maka ketahuilah bahawa bila anda sakit, Allah sebenarnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan? =) SAYANG ALLAH SANGAT2
Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita?
Bagaimana kita berhadapan dengannya?
Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
Namun Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
MasyaAllah… dahlah segala bencana, sakit, adalah disebabkan oleh kita – tak jaga kesihatan, dll – tetapi Allah ampunkan sebahagian besar dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.
Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.
P/s: Alhamdulillah saya sudah semakin sihat. Sakit itu memang nikmat, ikhlas saya katakan. Alhamdulillah. Mungkin Allah suruh kita beringat. Bila dah beringat, Dia ambil semula penyakit itu. (^__^)