Saturday, March 12, 2011

~ Marah n Maaf ~

Assalamualaikum, tetibe ain rasa nak tulis pasal kemarahan dan kemaafan.huhuhu~

Okayla begini... ain merasakan yang menahan perasaan marah itu bukanlah satu perkara yang mudah utk dilakukan bagi mereka yang dah byk kali disakiti dan telah disalah anggap oleh org lain.
betul tak? 

Tapi bagi ain, kita punya "soul" or "jiwa" yang kena kuat..jangan ikutkan perasaan marah tu sangat. Iya, memang Allah kurniakan kita pelbagai jenis perasaan atau dengan lebih tepat lagi EMOSI kepada manusia.Tapi kita kena ingat..Allah juga kurniakan akal kpd kita manusia utk berfikir secara rasional berlandaskan Shariah...kan?kan?kan? Jadi, takkan lah kita nak ikutkan perasaan marah kita tu sgt sehingga org disekeliling kita menjadi mangsa keadaan.. renung-renungkanlah~ Syaitan2 mesti sangat suka kalau kita layankan perasaan marah kite tu~ sbb mereka memang nak kita ASTRAY and sesat drpd jadi Insan yang Baik..

Kedua, pasal memaafkan org lain... Sekarang ni...ain dah mula belajar..dan dah pratikkan diri sendiri utk memaafkan org lain.. Mula2 memanglah susah nak maafkan~ tapi lama-lama, fikir balik, apalah yg kita dpt kalau nak marah org tu n yg lebih teruk lagi kalau sampai berdendam2..aduh tak elok tu~  jadi, cuba fikir balik.. kalau tak memaafkan kesalahan org lain, what do you expect utk people maafkan kesalahan kita pulak? 

Ingatlah.. actually, it is easy to forgive people; my dearest friends or readers, first of all, kita kena ingat We are all human/ manusia..kita bukannya maksum, kite memang akan melakukan kesalahan..kita kena ingat...yang dengan memaafkan orang, hati kita akan jadi lebih tenang dan cubalah kalau boleh..maafkan org pastu rasailah perbezaan sebelum n selepas memaafkan org.. percaya atau tak, mesti hati anda akan tenang walaupun sedikit..betul~ain tak tipu... cuba try..hehehe (^__^)

Sedangkan Allah pun akan memaafkan hamba-hamba-Nya..Rasulullah pun memaafkan umatnya...Kalau kita jadi kan Rasulullah sebagai model utk kita menjalankan hidup kita didunia ini, dengan memaafkan kesalahan org lain.. pasti kita akan mendapat keredhaan drpd Allah, pastu dapat pahala coz ikut sunnah Rasulullah... betul tak~

So, kesimpulan penulisan saya pada kali ini ialah..janganlah ikutkan perasaan marah dan kita hendaklah memaafkan kesalahan org lain..Insya Allah, pasti anda semua akan merasai kehidupan yang lebih tenang...Sekian saja penulisan ain pada kali ini..Assalamualaikum.. =)

Eh, sebelum terlupa; ini dia hadith tentang kemarahan n kemaafan:
  Rasulullah bersabda:  “Ada tiga hal yang jika dimiliki seseorang, ia akan mendapatkan pemeliharaan dari Allah, akan dipenuhi dengan rahmat-Nya, dan Allah akan senantiasa memasukkannya dalam lingkungan hamba yang mendapatkan cinta-Nya, yaitu (1) seseorang yang selalu bersyukur manakala mendapat nikmat dari-Nya, (2) seseorang yang mampu meluapkan amarahnya tetapi mampu memberi maaf atas kesalahan orang, (3) seseorang yang apabila sedang marah, dia menghentikan marahnya.” (HR. Hakim).

No comments:

Post a Comment